Penaklukan Siberia Tsardom Rusia

Vasily Surikov: Penaklukan Yermak ke atas Siberia (1895)

Perluasan Rusia ke arah timur berhadapan dengan sedikit tentangan. Pada tahun 1581, keluarga pedagang Stroganov yang berminat dalam perdagangan bulu, telah mengupah seorang pemimpin Cossack, Yermak Timofeyevich, untuk mengetuai sebuah ekspedisi ke barat Siberia. Yermak mengalahkan Khanate Sibir dan menuntut wilayah barat sungai Ob dan Irtysh untuk Rusia.

Bermula daripada pangkalan di Mangazeya, para pedagang, peniaga and penjelajah mara ke timur bermula Sungai Ob sehingga ke Sungai Yenisei, kemudian ke Sungai Lena dan pantai Lautan Pasifik. Pada tahun 1648, seorang Cossack bernama Semyon Dezhnyov membuka laluan antara Amerika dan Asia. Menjelang pertengahan kurun ke-17, Rusia tiba di Sungai Amur dan pinggir empayar China.

Selepas satu tempoh konflik dengan dinasti Qing, Rusia menandatangani perjanjian damai dengan China pada tahun 1689. Berdasarkan Perjanjian Nerchinsk, Rusia melepaskan tuntutanya ke atas Lembah Amur, tetapi mendapat akses ke wilayah di arah timur Tasik Baikal dan laluan perdagangan ke Beijing. Perdamaian dengan China memperkukuhkan kejayaan awal ke Pasifik yang telah dibuat pawa pertengahan kurun.

Rujukan

WikiPedia: Tsardom Rusia http://www.crwflags.com/fotw/flags/ru~xviii.html#1... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://istrodina.com/rodina_articul.php3?id=1423&n... http://quod.lib.umich.edu/e/eebo/A50886.0001.001/1... http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/rutoc.html http://prpm.dbp.gov.my/ http://gumilevica.kulichki.net/VGV/vgv5.htm http://www.tacitus.nu/historical-atlas/population/... //doi.org/10.1002%2F9781118455074.wbeoe425 http://www.rossimvolika.ru/gos-simv/gos-flag/istor...